Putrajaya, 22 April 2024 (Isnin) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) amat berbesar hati menerima lawatan istimewa daripada Delegasi Kerajaan Arab Saudi pada hari ini.
Rombongan telah disambut dengan baik oleh Al-Fadhil Us. Mohd Radhi bin Abdul Ghani, Ketua Seksyen Pengurusan MTMZA dan Us. Zulkeffly bin Adimun, Ketua Unit Tarbiah & Ibadah MTMZA mewakili Imam Besar MTMZA bersama staf dan kakitangan MTMZA. Turut hadir sama, YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM. Kunjungan telah diberikan taklimat serta penerangan oleh En. Mohamed bin Rashdi dan Puan Karema Leaw Abdullah MTG MTMZA yang bertugas. Mereka telah dibawa melawat sekitar masjid sambil diberi penerangan tentang sejarah dan konsep binaan yang terdapat di MTMZA.
Semoga kunjungan singkat ini menjadi suatu sesi yang bermanfaat dan bermakna. Insya-Allah.