Pertemuan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Bersama Ss Mufti Wilayah Persekutuan

Pertemuan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Bersama Ss Mufti Wilayah Persekutuan

Hari Selasa bersamaan 6 Februari 2018 Haji Jamali bin Mohd Adnan Imam Besar dan Unit  Ibadah & Dakwah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertemu dengan SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Pertemuan ini bertujuan untuk mengambil pandangan dan cadangan daripada Sahibus Samahah Datuk Mufti berkaitan Program dan aktiviti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Antara lain perbincangan ini juga melibatkan program Irsyad Fatwa program kerjasama dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Setiap Jumaat hujung bulan SS Datuk Dr Zulkifli akan menyantuni para jamaah melalui penjelasan fatwa semasa dan menyampaikan khutbah di MTMZA.

Datuk Mufti juga mencadangkan supaya diadakan program bersama masyarakat di Surau-surau Putrajaya, Kempen Solat Rumah Satu Jemaah dan Hari Keluarga Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin melalui konsep masjid sebagai jantung masyarakat MTMZA sedang dan akan melaksanakan idea berkenaan melalui pelbagai program pengimarahan.

Perjumpaan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati diantara Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada Sahibus Samahah Datuk Mufti diatas kesudian menerima kunjungan daripada pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 

Leave a Reply

Close Menu