Putrajaya, 13 Disember 2024 (Jumaat) : YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi), JAKIM telah mengadakan Sesi Walkabout bersama warga Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya (MTMZA).
Ruang dan peluang ini digunakan untuk saling bertukar pandangan, mendapat gambaran semasa serta merancang agenda transformasi dan rejuvenasi masjid ke arah memperkasa institusi masjid selaras dengan kemajuan perkembangan dunia masa kini.
YBhg. Kolonel Datuk juga turut memberikan kata-kata semangat kepada warga MTMZA untuk terus komited menjalankan tugas dan menyumbang bakti kepada ummah tanpa mengira penat dan lelah. Antara intipati kecemerlangan dan keseronokan bekerja yang dikongsikan oleh YBhg. Kolonel Datuk ialah;
- Keep Loving
- Keep Caring
- Keep Sharing
- Keep Understanding
- Keep Giving
- Keep Forgiving
Semoga sesi sebegini dapat mewujudkan jalinan silaturahim yang lebih erat antara pengurusan tertinggi JAKIM dan MTMZA serta mensinergi kekuatan sederap bersama memperkasa insitusi masjid khasnya dan pengurusan ehwal Islam amnya.
Terdahulu, YBhg. Kolonel Datuk telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Akaun Amanah 3 Masjid Utama JAKIM yang dihadiri Imam Besar Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Bilik Mesyuarat MTMZA.Β Β Β Β Β Β