Garis Panduan Penggunaan Kemudahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

  1. Semua permohonan tempahan/sewaan dibuat secara online sekurang-kurangnya tujuh (7) hari  bekerja sebelum tarikh penggunaan. 
  2. Sekiranya berlaku pertindihan jadual dengan majlis-majlis rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berhak menolak/membatalkan tempahan. 
  3. Sila jelaskan bil bayaran sewaan dan cagaran kemudahan satu(1) hari sebelum tarikh penggunaan di Pejabat Pentadbiran.
  4. Sila buat pengesahan penggunaan selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh penggunaan.
  5. Pengguna hendaklah memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas bagi urusan penghantaran barang untuk kegunaan program/majlis tersebut. Sebarang kehilangan barang pihak masjid tidak bertanggungjawab.
  6. Penggunaan peralatan siaraya hanya dibenarkan untuk penggunaan biasa sahaja. Namun bagi muzik hanya alunan nasyid sahaja yang dibenarkan.
  7. Pengguna hendaklah menghormati waktu azan dan solat fardhu sepanjang program /majlis berlangsung.
  8. Pengguna hendaklah bertanggungjawab dan memastikan tetamu/jemputan yang hadir dengan memakai pakaian sopan termasuk tetamu bukan Islam. 
  9. Pengguna hendaklah bertanggungjawab memastikan pekerja pembekal makanan memakai pakaian yang sopan dan sesuai sepanjang penganjuran program.
  10. Pihak CATERER dan pengguna dilarang sama sekali membuang sisa makanan ke dalam longkang. Pastikan sampah dan sisa makanan dikeluarkan segera setelah aktiviti tamat.
  11. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kekotoran di  tempat penggunaan yang disebabkan oleh pengguna maka wang cagaran tidak akan dikembalikan.
  12. Pengguna tidak dibenarkan menyewakan kepada Pihak Ketiga. Pihak Pengurusan masjid berhak membatalkan penggunaan jika ianya berlaku.
  13. Penggantungan kain rentang dan sepanduk di dalam atau luar dewan serta lain-lain tempat penggunaan perlu mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid. Memasang dan menurunkan kain rentang dan sepanduk adalah dibawah tanggungjawab pengguna sendiri.
  14. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa jua bentuk kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menggunakan kemudahan tersebut.
  15. Penggunaan kemudahan hanya dibenarkan sehingga jam 11.00 malam  sahaja. 
  16. Pengguna DILARANG MEROKOK di dalam dan luar dewan serta seluruh kawasan masjid.
Close Menu