Belia Remaja Ingat Masjid @BRIM MTMZA

Belia Remaja Ingat Masjid @BRIM MTMZA

Golongan remaja adalah aset terpenting negara yang perlu dididik menjadi insan yang bukan hanya bijak tetapi mempunyai syakhsiah yang tinggi. Rentetan ini, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) menganjurkan program dekati remaja. Matlamat penganjuran ialah untuk menarik minat remaja-remaja sekitar Putrajaya kepada institusi masjid. Sambutan yang menggalakkan telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri para remaja dan kanak-kanak.ย  Bertemakan Belia Remaja Ingat Masjid @ BRIM sebagai konsep program kali ini melalui Ekspedisi Kayuhan Basikal MTMZA yang dapat menarik minat para remaja.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan Flag-off oleh YBhg. Ustaz Haji Ehsan bin Mohd Hosni, Imam MTMZA dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Ekspedisi Kayuhan Basikalย  sejauh 17 kilometer di sekitar tasik, Putrajaya diselangi tazkirah sebagai ย salah satu cara mendekati para peserta oleh YBhg Ustaz Mohd Hariri bin Mohammad Daud, Pegawai JAKIM.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program pada kali ini. Semoga penganjuran program seumpama ini akan dapat menyuntik semangat kecintaan para peserta kepada institusi masjid yang secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih sehati sejiwa terhadap ilmu-ilmu yang akan mendidik diri kepada ketakwaan Allah SWT.

Leave a Reply

Close Menu