Pengislaman di MTMZA

Pengislaman di MTMZA

PADA 12 JANUARI 2018(JUMAAT) bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah diadakan Majlis pengisytiharan pengislaman saudara baru yang bernama Abdul Aziz Bakar. Beliau merupakan orang asli daripada Dengkil yang bertugas di Perbadanan Putrajaya. Majlis tersebut telah diadakan selepas solat Jumaat pada Jam 2.00 petang.

Pembacaan dua kalimah syahadah telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Jamali bin Adnan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan disaksikan oleh Imam, Bilal serta Jemaah solat Jumaat yang hadir pada majlis tersebut.

Program ini merupakan program kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Islamic Outreach Abim Center.

 

 

 

Leave a Reply

Close Menu