PADA 19 JANUARI 2018(JUMAAT) bertempat di Dewan Syeikh Daud al-Fathoni telah diadakan Majlis Perhimpunan Imam Besar bersama dengan staf dan kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Perhimpunan tersebut diadakan pada jam 8.40 pagi dimulai dengan bacaan Asmaul Husna dan Lagu Negaraku.
YBhg. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua staf dan kakitangan awam dan swasta melibatkan Syarikat Chulia, Impressia, Braveforce dan semua kakitangan masjid. Perhimpunan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan staf dan kakitangan. Imam Besar MTMZA dalam ucapannya mengharapkan semua staf dan kakitangan dapat bekerja bersungguh-sungguh serta menjaga niat dan ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
YBhg. Imam Besar juga turut memperkenalkan perubahan carta organisasi yang baru Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya staf dan kakitangan MTMZA dapat mengambil maklum dan berurusan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti carta organisasi tersebut.