Taklimat Program Berhenti Merokok (Mquit) Masjid

Taklimat Program berhenti merokok (MQUIT) masjid telah diadakan di Dewan Syeikh Daud al-Fathoni pada 19 Januari 2018(Jumaat) jam 9.30 pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Noriklil Bukhary binti Ismail Bukhary Pakar Perubatan Kesihatan Awam Ketua Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Objektif program MQUIT ini adalah untuk membuat saringan merokok dan memberikan rawatan khusus dibawah program perkhidmatan berhenti merokok(MQUIT) kepada semua, Ahli Jawatankuasa dan ahli kariah Masjid.

Dalam ucapan Dr Noriklil Bukhary menyatakan bahawa kawasan masjid merupakan kawasan bebas asap rokok dan sesiapa yang merokok dikawasan masjid boleh dikenakan kompaun. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha melaksanakan kempen Kuala Lumpur dan Putrajaya Bebas Asap Rokok kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat.

Taklimat ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Dr Noriklil Bukhary yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan.

 

 

 

Leave a Reply

Close Menu