Membina Mahabbah Diantara Surau-Surau Qaryah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Melalui  Kejohanan Futsal

Membina Mahabbah Diantara Surau-Surau Qaryah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Melalui Kejohanan Futsal

Masjid Tuanku Mizan Abidin (MTMZA) dengan kerjasama Surau-Surau Kariah di bawah kariah MTMZA Putrajaya telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Mahabbah 2018 (Surau-surau Qaryah MTMZA). Program telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 Februari 2018 (Sabtu) bertempat di Uptown Sport, Bandar Baru Bangi. Program ini mensasarkan kepada anak kariah surau-surau di bawah Kariah MTMZA. Kejohanan tahunan buat kali ke tujuh ini disertai sebanyak 20 pasukan yang terdiri dari surau-surau qaryah MTMZA.

Program ini bermatlamatkan bagi merapatkan hubungan antara warga MTMZA, para jemaah surau-surau qaryah dan masjid-masjid utama Jakim iaituย  Masjid Putra, Putrajaya. Selain itu, program ini bertujuan mendekatkan golongan remaja yang pasti meminati sukan ini supaya berjinak-jinak kepada aktiviti masjid serta memberi gambaran bahawa masjid bukan sekadar khusus untuk ibadah solat semata-mata.

Sepak mula kejohanan yang bermula jam 1 tengahari di mana pertandingan dijalankan secara liga 4 kumpulan. 8 pasukan layak yang terdiri dari juara dan naib juara kumpulan layak ke peringkat suku akhir. Perlawanan yang berakhir jam 7.00 malam telah menyaksikan juara baru iaitu Surau Ar-Rayyan Presint 6 Putrajaya, Naib juara disandang oleh Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya, tempat ketiga disandang oleh pasukan Surau al-Mustaqim Presint 18 dan tempat keempat Surau ar-Raudhah Presint 16, Putrajaya.

Secara keseluruhannya, program ini dilihat telah memberi kesan yang positif kepada peserta dan mencapai objektif yang ditetapkan. Tahniah kepada pemenang dan MTMZA mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan sepanjang Kejohanan ini dilaksanakan.

Leave a Reply

Close Menu