Lawatan Rasmi Bahagian Hal Ehwal Islam Acis Uitm Shah Alam

Lawatan Rasmi Bahagian Hal Ehwal Islam Acis Uitm Shah Alam

MTMZA menerima kunjungan rasmi daripada Bahagian Hal Ehwal Islam ACIS UiTM Shah Alam pada 14 Mac 2018(Rabu) pada jam 11.00 pagi. Lawatan ini diketuai oleh Haji Hanafi bin Haji Hamdani, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam bersama 6 orang wakil staf dari bahagian tersebut.

Imam Besar MTMZA Haji Jamali bin Mohd Adnan menyambut baik kunjungan rasmi daripada Bahagian Hal Ehwal Islam ACIS UiTM Shah Alam. Imam Besar mempengerusi perbincangan dua hala yang dihadiri ketua-ketua unit Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada perbincangan tersebut Imam Besar menerangkan program-program yang dirancang dan dilaksanakan di MTMZA. Ini melibatkan Unit Pengurusan, Pendidikan, Ibadah dan Dakwah dan Khidmat Sosial. Hasil daripada perbincangan dua hala ini pihak Bahagian Hal Ehwal Islam, ACIS UiTM Shah Alam dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersetuju mengadakan program kolaberasi bersama dan perlu dibincang dengan lebih lanjut di peringkat Jakim.

Agenda berikutnya penyampaian cenderahati kenang-kenangan diantara kedua-dua pihak. Semoga lawatan ini memberi pengkongsian yang bermanfaat untuk menyampaikan dakwah melalui program-program yang dilaksanakan.

Leave a Reply

Close Menu