Pada 31 Mac 2018 warga usia emas daripada Klinik Kesihatan Kuarters KLIA mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Lawatan ini dihadiri oleh 44 orang warga emas yang diketuai oleh Encik Mohammad bin Ammuni, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Kuarters KLIA.
Para peserta didedahkan dengan pengenalan berkenaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari sudut sejarah, pengurusan, aktiviti dan program yang disampaikan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Multimedia MTMZA.
Encik Mohammad bin Ammuni menyampaikan cenderahati kepada pihak Pengurusan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diatas kesudian menerima lawatan daipada warga usia emas Klinik Kesihatan, Kuarters KLIA.
Selepas solat Zohor berjemaah, para peserta dibawa melihat kawasan sekitar Masjid antaranya ruang solat utama, kelas-kelas pengajian, lot-lot kedai, tempat wuduโ dan tempat parkir kenderaan. Selesai melihat kawasan sekitar Masjid para peserta lawatan disajikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Us. Muhammad Hazri bin Othman.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada urusetia yang terlibat dan kesudian pihak Panel Klinik Kesihatan, Kuarters KLIA kerana memilih Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai lokasi lawatan.