Semarak Jiwa Ramadhan 1439H

Semarak Jiwa Ramadhan 1439H

PROGRAM SEMARAK JIWA RAMADHAN 1439H telah diadakan pada 15 Mei 2018(Selasa) melibatkan 144 mahasiswa/siswi, Institut Penilaian Negara INSPEN di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Program ini dimulakan dengan tazkirah bertajuk Semarak Jiwa Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Muhd Redza bin Ahmad, Ketua Unit Khidmat Sosial & Pengurusan pada jam 9.00 hingga 10.30 pagi.

Slot berikutnya diadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) berkaitan Tahsin Surah al-Fatihah Wa Siyam yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman dikalangan imam dan bilal Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Objektif LDK ialah memberi pemahaman tentang tatatertib bacaan surah al-fatihah dan peraturan yang terdapat didalam perlaksanaan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Mahasiswa/siswi INSPEN juga didedahkan dengan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disampaikan oleh Ustaz Hafizan bin Ibrahim kemudian disusuli dengan Ziarah Mahabbah MTMZA yang dipandu arah oleh Ustaz Mohd Hisyarullil bin Md Husain.

Jutaan terima kasih kepada urusetia, penceramah dan fasilitator yang terlibat bagi menjayakan program Semarak Jiwa Ramadhan ini.

Leave a Reply

Close Menu