10 September 2019 – Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengambil bahagian dalam menyediakan Jamuan Berbuka Puasa Sempena Puasa A’syura.
Disamping majlis berbuka puasa , pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga turut menyediakan sebanyak 500 bungkus Bubur A’syura untuk diedarkan kepada para pengunjung.
Semoga usaha ini dipandang oleh Allah SWT sebagai suatu usaha memakmurkan rumah Allah SWT disamping menyantuni masyarakat Islam yang berada di sekitar Putrajaya.
Sama-sama kita hayati Firman Allah SWT :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At-Taubah [9]: 18).