7 September 2019 (Sabtu) – Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya telah menganjurkan Kejohanan Pingpong Ukhuwwah MTMZA 2019 @ Dewan Sheikh Daud Al Fathoni.
Antara objektif penganjuran Kejohanan Pingpong Ukhuwwah MTMZA 2019 ini ialah merapatkan ukhuwwah diantara AJK Surau-surau yang berada di sekitar Putrajaya di samping memperkasa Gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin iaitu menjadikan masjid sebagai pusat komoditi masyarakat khususnya yang berada di Putrajaya.
Penyertaan Kejohanan Pingpong Ukhuwwah MTMZA 2019 ini telah dibuka kepada semua surau yang berada di sekitar Putajaya. Turut bersama dalam menjayakan kejohanan ini ialah pasukan dari Masjid Wilayah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAWHAR dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kejohanan Pingpong Ukhuwwah MTMZA 2019 ini telah melibatkan 20 pasukan yang terdiri daripada 6 orang peserta daripada setiap pasukan.
Sesi pendaftaran telah dimulakan seawal jam 8 pagi dan disusuli dengan taklimat ringkas dari Ketua Pengadil kepada semua pasukan yang mengambil bahagian pada jam 8.30 pagi. Pusingan pertama Kejohanan Pingpong Ukhuwwah MTMZA 2019 ini telah dimulakan pada jam 09.05 pagi.
Kejohanan Pingpong Ukhuwwah MTMZA 2019 ini telah menyaksikan Surau Ar Rayyan merangkul kejuaraan bagi tahun 2019 ini. Naib Johan pula telah dirangkul oleh Surau Al Iman dan tempat ketiga dan saguhati pula dirangkul oleh pasukan Surau Asy Syakirin dan pasukan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Radhi Bin Abdul Ghani , Ketua Seksyen Dakwah Dan Sosial Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya.
Kejohanan Pingpong Ukhuwwah MTMZA 2019 ini telah melabuhkan tirainya kira-kira jam 6.10 petang