21 Februari 2020 (Jumaat) : Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya , Bank Islam Berhad dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengadakan Program Ilmiah berbentuk forum yang bertajuk “ Wilayah Rahmah , Ummah Sejahtera “.
Objektif penganjuran program ini ialah untuk menyemarakkan budaya mencintai ilmu pengetahuan dalam kalangan warga Putrajaya.
Forum ini telah menampilkan 2 orang ahli panel yang terdiri daripada Imam Muda Hafiz Bin Abdul Kadir dan Tuan Hj Nor Azamir Bin Hj Alias, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Program Ilmiah ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zarifi Bin Mohamad Daud.
Kira-kira 300 orang jemaah turut bersama mengikuti perbincangan forum berkenaan.