Forum Perdana Ibadah Qurban @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Forum Perdana Ibadah Qurban @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

11 Julai 2020 (Sabtu) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan kerjasama Yayasan Budi Ihsan telah menganjurkan Forum Perdana Ibadah Qurban yang bertajuk “Korban atau Terkorban”.

Forum Perdana Ibadah Qurban ini merupakan program kerjasama diantara Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yayasan Budi Ihsan. Forum ini telah berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 9.45 pagi.

Forum Perdana Ibadah ini telah menampilkan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin : Tuan Hj Nor Azamir Bin Hj Alias , Ustaz Elyas Bin Ismail dan Ustaz Jafri Bin Abu Bakar sebagai ahli panel. Menariknya lagi, forum ini turut dikendalikan oleh En Syamsul Amri Bin Ismail (Syamsul Debat) sebagai moderator forum.

Antara intipati yang telah dibincangkan sepanjang forum termasuklah sejarah ibadah qurban , kelebihan ibadah qurban kepada diri , masyarakat dan juga negara. Selain itu turut dibincangkan bagaimana ibadah qurban dapat merapatkan jurang sosio-ekonomi diantara golongan kaya dan juga miskin.

Kira-kira seramai 150 orang jemaah telah hadir dalam Forum Perdana Ibadah Qurban ini.Forum Perdana Ibadah Qurban ini telah berakhir pada jam 11.45 pagi. Semoga segala input yang diberikan sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan yang berkaitan pelaksanaan Ibadah Qurban.

 

Leave a Reply

Close Menu