Sumbangan Kasih Aidilfitri 2021 MTMZA Kepada Asnaf dan OKU.

Sumbangan Kasih Aidilfitri 2021 MTMZA Kepada Asnaf dan OKU.

10 Mei 2021. Sumbangan Kasih Aidilfitri 2021 MTMZA Kepada Asnaf dan OKU. Suasana Aidilfitri yang kian terasa, MTMZA sekali lagi mengambil peduli dan cakna kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Walaupun dalam kekangan suasana perintah kawalan pergerakan, ianya tidak menghalang pihak MTMZA untuk menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan dapur kepada mereka yang memerlukan. Penyerahan sumbangan ini dilakukan secara pandu lalu yang turut dijayakan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuan Haji Nor Azamir bin Haji Alias.
 
Semoga segala usaha dan amal ini menjadi asbab kepada makmurnya rumah Allah ini dan semoga para penyumbang beroleh ganjaran besar di sisi Allah.
 
 

Leave a Reply

Close Menu