Program Musahamah Mtmza Siri 3 Tahun 2023

Program Musahamah Mtmza Siri 3 Tahun 2023

13 Julai 2023 (Khamis) – Hari ini telah berlangsung Program Musahamah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya siri ke-3 bagi tahun 2023 bertempat di Surau An-Nur, Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Serdang, Banting, Selangor. Program Musahamah MTMZA kali ini mensasarkan seramai 23 orang penerima dalam kalangan warga orang asli KOA Bukit Serdang, Banting. Ini merupakan hasil kerjasama pintar bersama Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) KOA Bukit Serdang, Ustaz Mohd Rezuan bin Omar.

Simbolik penyampaian sumbangan kepada 7 orang penerima telah disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Haji Nor Azamir bin Haji Alias. Hadir sama, Ustaz Rashidi Salleh (Ketua Unit Dakwah & Komunikasi), Ustaz Mohd Zikri Zainal (Ketua Unit Sosial) serta pegawai dan kakitangan MTMZA selaku urus setia program.

Semoga sumbangan berbentuk barangan asas ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penerima. MTMZA amat berbesar hati di atas sumbangan semua pihak khususnya para penyumbang dalam menjayakan program Musahamah MTMZA.

   

Leave a Reply

Close Menu