Lawatan Pegawai Pengurusan Masjid Cyberjaya 10

Lawatan Pegawai Pengurusan Masjid Cyberjaya 10

13 September 2023, Rabu : Pada hari Rabu yang lalu, pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) amat berbesar hati telah menerima kunjungan dari para pegawai pengurusan Masjid Cyberjaya 10. Delegasi kunjungan ini diketuai oleh Al-Fadhil Us Ismail, Imam 1 selaku Pegawai Pengurus bagi Masjid Cyberjaya 10. Kunjungan ini telah disambut dengan baik oleh wakil MTMZA iaitu Us. Rashidi bin Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Dakwah dan Komunikasi MTMZA.

Sesi bertukar pandangan dan pengalaman serta sedikit ‘touring’ ringkas telah berjalan dengan jayanya bersama para tetamu MTMZA yang dirahmati Allah ini. Semoga sesi ini dapat membantu dan menjadi inspirasi kepada pihak pengurusan kedua-dua belah masjid dari sudut pengurusan serta pengimarahan masjid. Insya-Allah.

   

Leave a Reply

Close Menu