Rabitah Surau-Surau Putrajaya@Mtmza Siri 5/2023 |  Surau Saidina Umar Al-Khattab 8r2, Putrajaya

Rabitah Surau-Surau Putrajaya@Mtmza Siri 5/2023 | Surau Saidina Umar Al-Khattab 8r2, Putrajaya

Putrajaya – 12 Oktober (Khamis) : Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas keizinan-Nya, pihak MTMZA dengan sinergi yang jitu bersama Surau Saidina Umar Al-Khattab 8R2, Putrajaya telah berjaya meneruskan Program Rabitah Surau-Surau Putrajaya bagi siri yang ke-5 tahun ini. Program ini dirangka bagi mewujudkan jaringan yang luas bagi merancakkan lagi majlis ilmu di surau-surau sekitar Putrajaya.

Sambutan yang diterima amatlah baik dengan kehadiran para jemaah seramai hampir 100 orang di dalam ruang solat tersebut. Program ini telah diisi dengan ceramah dari undangan khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shukri bin Yusoff, pendakwah bebas. Ceramah yang bertajuk “Indahnya Berukhuwah” telah memberikan suntikan rohani dan semangat kepada para jemaah supaya istiqamah untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan bertaqwa dalam menjalinkan ukhuwah sesama manusia.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak Surau Saidina Umar Al-Khattab 8R2, Putrajaya yang sudi bekerjasama bagi menjayakan program ini.

Semoga program ini bermanfaat dapat mengeratkan lagi hubungan strategik antara surau dan MTMZA serta mendekatkan masyarakat dengan institusi surau juga masjid sekitar Putrajaya. Insya-Allah.

     

Leave a Reply

Close Menu