Kejohanan Bowling Mahabbah Berpasukan Muslimah Surau-Surau Putrajaya 2023

Kejohanan Bowling Mahabbah Berpasukan Muslimah Surau-Surau Putrajaya 2023

21 OKTOBER 2023 | SABTU : Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah berjaya menganjurkan dengan jayanya program yang dinanti-nanti surau-surau sekitar Putrajaya iaitu Kejohanan Bowling Mahabbah Berpasukan Muslimah Surau-Surau Putrajaya@MTMZA tahun 2023.

Sebanyak 22 pasukan berentap untuk merebut hadiah-hadiah yang telah disediakan. Program ini merupakan acara tahunan diadakan dan antara program MTMZA dalam usaha mengeratkan silaturrahim dan jalinan mahabbbah antara Surau-Surau Putrajaya dan MTMZA.

▪︎ Acara berpasukan telah dimenangi seperti berikut :

🥇 JOHAN: Surau al-Ehsan Presint 11 Zon 4A

🥈 NAIB JOHAN : MTMZA

🥉 KE-3 : Surau al-Qudus Saderi Presint 16

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang yang berjaya bagi tahun ini. Semoga kejohanan ini diberkati dan mengeratkan lagi jalinan mahabbah antara surau-surau sekitar Putrajaya dan MTMZA.

     

Leave a Reply

Close Menu