Program Musahamah MTMZA Siri 7 Tahun 2023

Program Musahamah MTMZA Siri 7 Tahun 2023

9 November 2023 (Khamis) – Hari ini telah berlangsung Program Musahamah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya siri yang ke-7 bagi tahun 2023 bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Program Musahamah MTMZA kali ini mensasarkan seramai 50 orang penerima yang merupakan hasil kerjasama pintar bersama Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Simbolik penyampaian sumbangan kepada penerima telah disempurnakan oleh Ustaz Rashidi bin Salleh, Penolong Pengarah Kanan MTMZA bagi mewakili Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Haji Nor Azamir bin Haji Alias.

Hadir sama, En Johari, Ketua Biro Kebajikan Masjid Al-Hasanah, Ustaz Mohd Salman, Imam 1 Masjid Al-Hasanah, Ustaz Mohd Zikri bin Zainal, Ketua Unit Sosial MTMZA, barisan Jawatankuasa Masjid Al-Hasanah serta pegawai dan kakitangan MTMZA selaku urus setia program.

Semoga sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penerima yang terdiri daripada asnaf fakir/miskin dalam kawasan kariah Masjid Al-Hasanah.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin amat berbesar hati di atas sumbangan semua pihak khususnya para penyumbang dalam menjayakan program Musahamah pada kali ini.

     

Leave a Reply

Close Menu