Kunjungan Hormat Dan Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Kunjungan Hormat Dan Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

27 Disember 2023, Rabu : Pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) amat berbesar hati telah menerima kunjungan hormat dari YB. Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Delegasi kunjungan ini juga disertai beberapa orang pegawai khas YB Timbalan Menteri.

Kunjungan ini telah disambut dengan baik oleh YBrs. Imam Besar MTMZA iaitu Tuan Nor Azamir bin Hj Alias bersama kakitangan MTMZA. YB. Timbalan Menteri telah diberi taklimat secara ringkas oleh YBrs. Imam Besar MTMZA berkenaan pentadbiran dan pengurusan selain cabaran serta kekangan yang dihadapi.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan sinergi dalam memartabatkan Islam di mata dunia selain memantapkan lagi pembangunan Malaysia Madani. Insya-Allah.

     

Leave a Reply

Close Menu