Rabitah Surau-Surau Putrajaya@MTMZA Siri 1/2024 | Surau Kasturi PPAM Presint 17, Putrajaya

Rabitah Surau-Surau Putrajaya@MTMZA Siri 1/2024 | Surau Kasturi PPAM Presint 17, Putrajaya

Putrajaya – 8 Februari 2024 (Khamis) : Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas keizinan-Nya, pihak MTMZA dengan sinergi pintar yang jitu bersama Surau Kasturi PPAM Presint 17, Putrajaya telah berjaya meneruskan lagi Program Rabitah Surau-Surau Putrajaya bagi siri yang pertama bagi tahun ini. Program yang dirangka ini bertujuan mewujudkan jaringan yang luas bagi merancakkan lagi majlis ilmu di surau-surau sekitar Putrajaya.

Sambutan yang diterima amatlah baik dengan kehadiran para jemaah seramai hampir 100 orang di dalam ruang solat tersebut. Program ini telah diisi dengan ceramah dari undangan khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Naeim bin Mat Isa, pendakwah bebas. Ceramah yang bertajuk “Tadabbur Al-Isra’” telah memberikan sedikit huraian yang baik berkenaan sebahagian ayat dalam Surah Al-Isra’ selain keistimewaan pensyariatan ibadah Solat. Moga segala pengisian serta mutiara yang telah disampaikan menjadi suntikan kepada para jemaah supaya istiqamah untuk melakukan ibadah solat di samping menghayati ibadah tersebut.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak Surau Kasturi PPAM Presint 17, Putrajaya yang sudi bekerjasama bagi menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini bermanfaat dapat mengeratkan lagi hubungan strategik antara surau dan MTMZA serta mendekatkan masyarakat dengan institusi surau juga masjid sekitar Putrajaya.

 

Leave a Reply

Close Menu