Lawatan Penanda Aras Sistem Pengudaraan Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Lawatan Penanda Aras Sistem Pengudaraan Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Putrajaya, 19 Februari 2024 (Isnin) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) sangat berbesar hati menerima lawatan penanda aras dari pihak Jawatankuasa Pengurusan dan AJK Masjid Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Rosli bin Abdul Halim yang merupakan Pegawai Daerah Pejabat Daerah & Tanah, Daerah Timur Laut Pulau Pinang merangkap Pengerusi Masjid Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Turut hadir bersama 6 orang kakitangan pengurusan masjid dan Jurutera Daerah En. Khairul Nizam bersama 12 orang dari tim kejuruteraan, Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Delegasi lawatan telah disambut dengan baik oleh Ustaz Rashidi bin Salleh, Ketua Unit Dakwah & Komunikasi MTMZA bersama Us. Ahmad Mirza Nabil bin Ismail, Ketua Sub-Unit Komunikasi & Korporat MTMZA, Sekretariat Daie Pelancongan MTMZA dan Tim Penyelenggaran dari FESMA Sdn. Bhd.

Sesi taklimat dan perbincangan serta perkongsian berkenaan pentadbiran & pengurusan, konsep senibina dan reka bentuk serta sistem pengudaraan antara pihak MTMZA dan delegasi lawatan telah berjalan dengan baik.

Semoga kunjungan ini menjadi suatu lawatan yang bermanfaat dan membuahkan idea serta pandangan yang bernas kepada pihak delegasi lawatan. Ribuan terima kasih juga diucapkan di atas kesudian kerana sudi memilih MTMZA sebagai lokasi lawatan kali ini.

    

Leave a Reply

Close Menu