Program Ziarah Mahabbah MTMZA 2024

Program Ziarah Mahabbah MTMZA 2024

Sekinchan, 24 – 25 Ogos 2024: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah melaksanakan Program Ziarah Mahabbah MTMZA 2024 ke Masjid As-Siraj, Sg. Nibong, Sekinchan, Selangor. Program tahunan yang dilaksanakan oleh MTMZA ini merupakan sebuah program kemasyarakatan yang mengetengahkan konsep ‘turun padang’ sebagai salah sebuah Masjid Utama Negara ke kawasan luar bandar yang berobjektif merapatkan ukhuwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan masjid dengan penduduk setempat selain mempelbagaikan aktiviti serta memperluaskan fungsi masjid.

Seramai 25 orang kakitangan MTMZA yang diketuai oleh Tuan Haji Nor Azamir Bin Haji Alias selaku Imam Besar telah menyertai Program Ziarah Mahabbah MTMZA 2024 pada kali ini. Antara pengisian program yang telah berlangsung adalah pertandingan mewarna, acara sukaneka, ceramah khas, kuliah subuh, ‘Kenduri Sekampung’ dan penyampaian sumbangan kepada asnaf Kariah Masjid As-Siraj, Sg. Nibong, Sekinchan, Selangor. Selain itu juga, program diserikan dengan acara rakyat seperti boling kelapa, anyam ketupat, perlawanan bola sepak sawah dan paling istimewa, “Gogoh Ikan” iaitu menangkap ikan hanya menggunakan tangan di kawasan bendang yang disediakan.

Pihak MTMZA merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama dan layanan terbaik yang diberikan oleh seluruh warga Kampung Batu 23, Sg. Nibong khususnya Jawatankuasa Masjid As-Siraj dan pihak pengurusan Masjid. Semoga jalinan ukhwah yang terbina sepanjang berlangsungnya Program Ziarah Mahabbah MTMZA 2024 ini akan terus berkekalan dan sentiasa mendapat naungan dan rahmat Allah SWT.

     

Leave a Reply

Close Menu