Titian Muhibah Tenis Meja Eksekutif Sumatera Utara @Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Titian Muhibah Tenis Meja Eksekutif Sumatera Utara @Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Putrajaya, 1 September (Ahad) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kerjasama Surau Pudina P17 telah menjadi tuan rumah bagi program Titian Muhibah Tenis Meja Eksekutif Sumatera Utara, Indonesia yang diadakan di Dewan Sheikh Daud Al Fathoni, MTMZA.

 

Seramai 30 orang delegasi lawatan Persatuan Tenis Meja Eksekutif Sumatera Utara yang diketuai oleh Gabenor Sumatera Utara ke 17, YBhg Dr. Ir Hj Tengku Erry Nuradi hadir melawat sekitar kawasan masjid dan mengadakan perlawanan ping pong persahabatan. Delegasi lawatan telah disantuni oleh Ustaz Rashidi Salleh mewakili Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan barisan pegawai serta pemain ping pong MTMZA.

Semoga jalinan persahabatan antara dua negara ini melalui medium institusi sosial lebih akrab dan lebih banyak aktiviti dapat dijayakan bersama pada masa akan datang.

    

Leave a Reply

Close Menu