Wacana β€œKembali Bercinta Kerana Allah” @Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Wacana β€œKembali Bercinta Kerana Allah” @Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Putrajaya – 25 September 2024 (Rabu) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah berjaya menganjurkan Program Wacana Kembali Bercinta Kerana Allah berobjektifkan memugarkan semula institusi kekeluargaan yang terdiri daripada para suami, isteri juga anak-anak dengan memberi pendedahan dan ilmu kerukunan rumah tangga.

Terdahulu, wacana ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Imam Besar MTMZA. Turut hadir bersama Us. Rashidi bin Salleh, Ketua Unit Dakwah & Komunikasi MTMZA.

Sambutan yang diterima amatlah baik dengan kehadiran hampir 100 orang di dalam Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, MTMZA. Semoga segala perkongsian yang telah disampaikan oleh Tuan Fadzli Aziz, Kaunselor Berdaftar tadi dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam mencambahkan lagi β€œSakinah, Mawaddah dan Rahmah” dalam setiap hubungan keluarga. Insya-Allah.

Β Β Β Β 

Leave a Reply

Close Menu