26 Oktober 2024 (Sabtu) – Hari ini telah berlangsung Program Musahamah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya siri yang kelapan bagi tahun 2024 bertempat di Masjid Al-Maarufi, Seberang Kota, Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.
Sumbangan bantuan tunai dan barangan keperluan harian ini mensasarkan penerima dalam kalangan fakir miskin yang merupakan hasil kerjasama pintar bersama Jawatankuasa Masjid Al-Maarufi, Seberang Kota, Kuala Kedah.
Program pada pagi ini dimulakan dengan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Zulkeffly bin Adimun, Penolong Pengarah Kanan MTMZA.
Simbolik penyampaian sumbangan kepada penerima juga telah disempurnakan oleh Ustaz Zulkeffly bin Adimun, mewakili Imam Besar MTMZA, Ustaz Haji Nor Azamir bin Haji Alias.
Manakala dalam majlis berasingan, MTMZA turut mengadakan program kemasyarakatan melalui penyerahan bantuan tunai dan barangan makanan kepada Maahad Tahfiz At-Toyyib, Kuala Kedah.
Penyampaian sumbangan kepada pihak pengurusan Maahad Tahfiz At-Toyyib telah disempurnakan oleh Ustaz Zulkeffly bin Adimun, Penolong Pengarah Kanan MTMZA.
Turut hadir dalam program pada hari ini adalah Ustaz Muhamad Hazamer bin Muslim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Maarufi merangkap Imam, Ustaz Mat Zuki bin Ahmad, Pengetua Maahad Tahfiz At-Toyyib dan Ustaz Mohd Hafiz bin Ali, Ketua Guru Maahad Tahfiz At-Toyyyib serta kakitangan MTMZA selaku urus setia program.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan semua pihak khususnya para penyumbang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program Musahamah pada kali ini. Semoga sumbangan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penerima.