Ambang Gema Syukur 2024 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Ambang Gema Syukur 2024 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Putrajaya, 1 Januari 2024 : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kolaborasi MyfundAction berjaya menganjurkan Ambang Gema Syukur pada 31 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 sebagai alternatif baharu kepada masyarakat hari ini bagi mengimarahkan masjid dengan pelbagai pengisian program yang lebih  bermanfaat bersempena kedatangan tahun baharu 2024.

Istimewanya kali ini program berjaya mengumpulkan 1000 pelajar universiti seluruh negara. Pengisian program malam tahun baharu bermula dengan pengisian Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat. Pada 1 Januari 2024, slot Fajar Sejuta Pemuda (Qiamullail), Solat Subuh Berjemaah dengan tema ‘Subuh Macam Jumaat’, Ceramah Khas Subuh 4 GAZA dan slot International Quran Moment. Pelbagai reruai jualan telah dibuka dan sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung Palestin.

Program juga diserikan lagi dengan kehadiran  YB. Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naim Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Timbalannya, YB. Senator Dr. Zulkifli bin Hassan yang bersama-sama berqiamullail serta menunaikan Solat Subuh secara berjemaah. Manakala, majlis penutup program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

     

Leave a Reply

Close Menu