Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa. Begitulah umpamanya dalam situasi pandemik yang sangat mencengkam ini.
Kami, CAKNA MTMZA terus menelusuri hutan batu Putrajaya ini, mencari dan menyampaikan sumbangan bekalan barangan asas kepada saudara-saudara kita yang terkesan dengan wabak bencana Covid-19 ini. Semoga dengan sedikit pemberian sumbangan ini mampu memberikan secebis kelegaan kepada mereka ini.
Terima kasih kepada para penyumbang kami, semoga Allah berkati anda semua. Hari ini kita meringankan beban saudara kita, semoga suatu hari nanti Allah akan meringankan beban kita, khususnya di Akhirat kelak.