5 Februari 2021 ( Jumaat ). Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ada yang terpaksa cuti panjang menjaga suami sakit, ada hanya mampu menyewa bilik kecil tinggal anak-anak seramai 4 orang dan pelbagai lagi kesempitan dan kesusahan yang dialami. Itulah antara kisah kehidupan yang membuatkan kita semua sebak mengenangkan betapa susahnya mereka menjalani kehidupan. Pada masa yang sama mengajar kita erti bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kami CAKNA MTMZA 2021 hari ini turun padang menyampaikan sumbangan bekalan barangan dapur bagi meringankan beban 6 buah keluarga asnaf ini. Terima kasih kepada para penyumbang hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa sedekah anda semua. Jika ingin melaporkan terdapat insan yang memerlukan bantuan di tempat anda khususnya dikawasan Putrajaya sahaja.Sila hubungi ditalian : 01121214665.