Rabitah Surau-Surau Putrajaya@Mtmza Siri 5/2024 |  Surau Al-Illiyyin, Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya

Rabitah Surau-Surau Putrajaya@Mtmza Siri 5/2024 | Surau Al-Illiyyin, Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya

Putrajaya, 3 Oktober 2024 (Khamis) : Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas keizinan-Nya, pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kerjasama pintar bersama Biro Agama, Kelab Sukan & Kebajikan Wisma Putra telah berjaya meneruskan lagi Program Rabitah Surau-Surau Putrajaya bagi siri yang ke-5 pada tahun ini yang berlangsung di Surau Al-Illiyyin, Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya.

Sambutan yang diterima amatlah baik dengan kehadiran para jemaah seramai hampir 100 orang di dalam ruang solat tersebut. Program ini telah diisi dengan ceramah dari undangan khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Nor Azamir bin Hj Alias, Imam Besar MTMZA. Ceramah yang telah disampaikan berkisar tentang realiti sebenar kehidupan di dunia yang sementara untuk destinasi akhirat yang kekal. Moga segala nasihat serta mutiara-mutiara yang telah disampaikan menjadi pemangkin kepada para jemaah agar lebih bersemangat untuk memperbanyakan lagi amal soleh bagi mencapai keredhaan Allah serta untuk dijadikan bekalan di Akhirat sana.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung terutamanya pihak Biro Agama, Kelab Sukan & Kebajikan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya yang sudi bekerjasama bagi menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini bermanfaat dapat mengeratkan lagi hubungan strategik antara surau dan MTMZA serta mendekatkan masyarakat dengan institusi surau juga masjid sekitar Putrajaya. Insya-Allah.

Β Β 

Β 

Leave a Reply

Close Menu