Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Jakim dengan kerjasama All Bikers Club Malaysia (ABCM) telah mengadakan program Dakwah on Wheel to Felda Selendang, Rompin, Pahang pada 23 hingga 25 Februari 2018.
Acara Flag Off Bikers ke Felda Selendang, Rompin Pahang telah diadakan pada hari Jumaat jam 8.30 pagi. Ianya melibatkan 70 buah motorsikal berkuasa tinggi yang menyertai program tersebut.
Acara Flag Off dimulakan dengan ucapan perasmian pelepasan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Program ini turut dihadiri YBrs. Haji Jamali bin Mohd Adnan, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sejumlah 200 naskah al-Quran juga telah disumbangkan oleh MTMZA kepada wakil PLUS Highway untuk kegunaan surau-surau dibawah selian PLUS.
Program ini menjadikan MTMZA sebagai medium utama dalam mendekati masyarakat serta melahirkan daie dari kalangan golongan sasar bagi memudahkan penyampaian ilmu yang disampaikan disamping membina jaringan masjid dengan NGO seperti Kelab Motor ABCM dan NGO-NGO lain dalam mengerakkan pelbagai program menyantuni masyarakat secara amnya. Antara program menarik, motivasi kepada para pelajar Felda Selendang yang disertai hampir 200 peserta. Pada malamnya pula diadakan Forum Santai yang bertajuk “Orang Kampung” dengan melibatkan panel-panel yang terdiri daripada YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Hussain (ADUN Tioman), Ustaz Jamali bin Mohd Adnan (Imam Besar MTMZA) dan Ustaz Azhar bin Turano (Seranta Felda).
Sekalung penghargaan diucapkan kepada urusetia, Kelab Motor ABCM, Bikers Jeddah dan urusetia yang terlibat bertungkus lumus dalam menjayakan program Dakwah on Wheel to Rompin, Pahang.