Forum Bersempena Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Kebangsaan Tahun 1439h/2018

Forum Bersempena Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Kebangsaan Tahun 1439h/2018

SABTU 27 REJAB 1439H/14 APRIL 2018 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengadakan Forum bersempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Kebangsaan 1439H/2018. Forum ini diadakan selepas solat Maghrib secara berjemaah menampilkan Haji Jamali bin Mohd Adnan sebagai moderator dan Dr. Aminurrasyid Yatiban Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, UUM dan Kiyai Muhammad Idrus bin Ramli seorang pendakwah Nusantara.

Forum diadakan bertujuan mengambil inspirasi dan pengetahuan daripada peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W bertemu Allah S.W.T dengan tajuk “Cabaran Akidah dan Penyucian Jiwa”. Ahli Panel pertama Kiyai Muhammad Idrus telah mengupas defisini Isra’ dan Mikraj dan perkaitannya dengan Cabaran Akidah pada masa kini manakala Dr. Aminurrasyid menjelaskan tiga analogi penting iaitu connection, motivation dan destination yang mempunyai perkaitan daripada perkara dunia sehinggalah ke akhirat daripada peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W.

Selepas solat Isyak secara berjemaah telah diadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj peringkat Kebangsaan Tahun 1439H yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak, turut menghadiri majlis tersebut ialah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) dan YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.

Leave a Reply

Close Menu