Putrajaya, 5 Ogos 2024 (Isnin) : Pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) telah berjaya mengadakan Program Kecemerlangan SPM & STPM (Jawaher Mumtazat) Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Teras & Elektif) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi tahun 2024 yang bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, MTMZA.
Program yang dirangka khas ini berlangsung selama 2 hari bermula 5 – 6 Ogos 2024, bertujuan bagi menyuntik inspirasi positif serta mempertingkatkan kualiti juga kuantiti pencapaian murid SPM dan STPM dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawwur Islam, TMUA murid-murid di W. Persekutuan Putrajaya. Terdahulu, program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ezaiddin bin Hussain, Pengarah Pendidikan JPWP Putrajaya. Turut hadir bersama YBrs. Tuan Nor Azamir bin Hj Alias, Imam Besar MTMZA dan para pegawai MTMZA juga para pegawai JPWP.
Seramai 200-300 orang pelajar akan menyertai program kecemerlangan ini. Semoga program ini dapat membantu para peserta dalam mengukuhkan lagi kefahaman bagi menghadapi Peperiksaan SPM dan STPM 2024 yang bakal berlangsung. Imam Besar MTMZA dan seluruh warga kerja MTMZA mengucapkan selamat maju jaya dan berdoa semoga para peserta dapat menduduki peperiksaan dengan tenang disamping memperolehi kejayaan yang cemerlang.