27 Ogos 2022(Sabtu) bermula jam 8.00 pagi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah mengadakan Kejohanan Ping-Pong Berpasukan Surau-Surau Putrajaya di Dewan Syeikh Daud al Fathoni MTMZA.
Sebanyak 20 pasukan telah bertanding dalam kejohanan tersebut bagi merebut kejuaraan disamping hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.
Objektif penganjuran kejohanan ini bagi mengeratkan silaturahim di antara surau-surau Putrajaya dan MTMZA melalui sukan yang diadakan.
Acara penyampaian hadiah kejohanan ini telah disempurnakan oleh Imam Besar MTMZA Haji Nor Azamir bin Haji Alias.
Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Surau Abu Hassan As-Sya’ari Presint 17, tempat kedua oleh Surau Ar- Rayyan Presint 6, tempat ketiga oleh Surau Fathurrahman Melinjau presint 11 dan Surau Pudina Presint 17 merangkul tempat keempat. Pemain Terbaik Individu jatuh kepada En Muhammad Raziman( dari Surau Pudina P17) manakala Pasangan Beregu Terbaik pula jatuh kepada En Mohd Zuraimi b. Zarakah & En Alias b. Che Rose( dari Surau Abu Hasan As Sya’ari P17).
Terima kasih diucapkan kepada team pengadil kejohanan, semua urusetia MTMZA yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini.
Semoga program ini bermanfaat dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.