16 September 2023 (Sabtu) – Bersempena sambutan Hari Malaysia, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya (MTMZA) menganjurkan Kejohanan Pingpong Berpasukan Surau² Putrajaya yang mengumpulkan 15 pasukan berentap merebut kejuaraan edisi 2023.
Antara objektif penganjuran adalah untuk mengukuhkan jalinan kerjasama pihak masjid dan surau-surau sekitar Putrajaya sekaligus mendidik masyarakat untuk sentiasa mendekati masjid.
Kejohanan dirasmikan oleh Ustaz Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Imam Besar MTMZA telah sudi beraksi pingpong bersama pegawai kanan masjid. Berikut keputusan penuh Kejohanan Pingpong Berpasukan Surau-Surau Putrajaya 2023:
- Johan : Surau Pudina P17
- Naib Johan : Surau Al-Islah P9
- Ke-3 : Surau Al-Quddus P16
- Ke-4 : MTMZA
- Perseorangan terbaik :
– Saudara Afiq (Surau Al-Islah P9)
- Beregu terbaik :
– Saudara Madi & Saudara Azmi (Surau Pudina P17)
Adat permainan ada menang dan kalah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta kerana berjaya menyahut cabaran ini.
Semoga program sebegini akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dalam mengimarahkan masjid dengan program-program komuniti yang pelbagai.