Kunjungan Pengarah Dakwah ke MTMZA

Kunjungan Pengarah Dakwah ke MTMZA

14 Oktober 2022 | Jumaat | 11.00 pagi |Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima kunjungan Tn. Hj. Mohamad Kori bin Jusoh Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang mengadakan lawatan kerja ke MTMZA.

Kehadiran beliau untuk berkenalan dengan lebih dekat warga kerja MTMZA di samping berkesempatan menyampaikankan amanat dan kata-kata semangat kepada para pegawai dan kakitangan  terutamanya berkaitan penampilan, tugasan dan tanggungjawab sebagai pegawai masjid.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti pengimarahan perlu dipelbagaikan seiring dengan keperluan masyarakat. Semoga warga MTMZA lebih bersemangat dalam melaksanakan misi pengimarahan di masjid ini.

    

Leave a Reply

Close Menu