Malam Sejuta Satu Istighfar Bersama Sejuta Satu Umat @Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malam Sejuta Satu Istighfar Bersama Sejuta Satu Umat @Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Putrajaya – 21 September (Sabtu) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kerjasama Galeri Ilmu telah berjaya menganjurkan Program Malam Sejuta Satu Istighfar Bersama Sejuta Satu Umat bertempat di Dewan Solat Utama MTMZA dengan penyertaan lebih daripada 1 ribu orang yang hadir memeriahkan program pada malam ini.

Pembimbing majlis ini ialah Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dengan diiringi oleh Us. Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Imam Besar MTMZA. Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Waqiah dan al-Mulk. Sebanyak 27 buah gerai jualan telah dibuka sepanjang program ini berlangsung.

Semoga dengan penganjuran program dapat menyemai kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

   

Leave a Reply

Close Menu