MTMZA Le Tou De Putrajaya

MTMZA Le Tou De Putrajaya

PADA 2 MEI 2018(Rabu) selepas solat Maghrib, Unit Khidmat Sosial telah menganjurkan MTMZA Le Tour De Putrajaya di Surau Ar-Rayyan, Apartment PPA1M, Larai, Presint 6, Putrajaya dengan menampilkan PU Muhsin dan PU Fendi sebagai penceramah serta Ustaz Muhd Redza Ahmad sebagai moderator forum dengan tajuk Ramadan kali ini…Nak Untung ke Rugi?

MTMZA menyantuni surau-surau di Putrajaya dengan mengadakan program-program ilmiah seperti ini untuk mengeratkan lagi hubungan diantara MTMZA dan surau-surau Putrajaya dan pada masa yang sama berusaha membantu dan meningkatkan program-program di surau-surau yang dipilih.

Forum ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah forum dan tag logo MTMZA Le Tour De Putrajaya yang disampaikan oleh Ustaz Muhd Redza bin Ahmad, Ketua Unit Khidmat Sosial MTMZA.

Leave a Reply

Close Menu