MTMZA Terus Memperkukuhkan Hubungan Dengan Institut Kanser Negara (IKN) Melalui Program Ramah (Rakan Masjid Hospital).

MTMZA Terus Memperkukuhkan Hubungan Dengan Institut Kanser Negara (IKN) Melalui Program Ramah (Rakan Masjid Hospital).

17 Februari 2021 (Rabu), Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) melalui Imam Besar, Tuan Hj Nor Azamir bin Hj Alias terus memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Institut Kanser Negara (IKN) melalui Program Rakan Masjid Hospital (RAMAH) selari dengan arus perkembangan masa serta memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Islam dan bukan Islam sebagai sebuah badan membina kemajuan dan kecemerlangan ummah. IKN yang diwakili Pengarahnya YBrs. Dr. Mohd Anis bin Haron@Harun, menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas hubungan baik yang terjalin selama ini dan amat berharap MTMZA terus memainkan peranan sebagai pusat aktiviti sosial umat Islam dengan menjadikan hospital sebagai rakan masjid bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat/ Corporate Social Responsibility (CSR) menurut perspektif Islam.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada McDonald’s Putrajaya melalui Senior Operations Consultant Kawasan Putrajaya, Puan Wan Bahiyah binti Bachtiar di atas sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas di IKN. McDonald’s Kawasan Putrajaya juga selalu memberi kerjasama yang baik kepada program-program anjuran MTMZA.

Leave a Reply

Close Menu