20 Julai 2020 (Isnin) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengorak langkah dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui Projek Peningkatan Sistem E-Imarah 2.0.
Sistem E-Imarah ini berfungsi menyediakan kemudahan secara online di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti tempahan ruang/fasiliti, tempahan perkhidmatan dan perkhidmatan aduan. E-Imarah membantu mengelakkan berlakunya pertindihan temapahan dalam stau masa yang sama, memudahkan orang awam membuat sebarang pendaftaran dan semakan status permohonan dan menyalur dan menguruskan aduan dengan pantas.
Penyerahan sistem ini telah disampaikan oleh YBhg Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tuan Hj Ahmad Fuad Bin Apandi. Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Hj Nor Azamir Bin Hj Alias , Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Pegawai Kanan Sistem Maklumat JAKIM dan pegawai-pegawai dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Semoga dengan peningkatan Projek Sistem E-Imarah ini mampu menjadi suatu alternatif dalam menambah baik sistem tempahan dan aduan kepada masyarakat Islam khususnya.