Program Jalinan Dakwah Mahabbah Malaysia – Indonesia

Program Jalinan Dakwah Mahabbah Malaysia – Indonesia

12 – 14 Oktober 2022 | Buat julung kalinya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan Program Jalinan Dakwah Mahabbah Malaysia-Indonesia yang diadakan di Ibu Kota Jakarta Indonesia.

Lawatan kerja rasmi ini berobjektifkan melihat peluang dan ruang kerjasama antara dua negara serumpun ini, bertukar pandangan serta pengalaman, khususnya dalam aspek pengurusan masjid. 2 buah masjid utama negara iaitu Masjid Istiqlal dan Masjid Raya KH Hasyim Al Asy’ari serta 2 buah masjid kariah; Masjid Al Istiqomah dan Masjid Agong Al Azhar menjadi lokasi penting untuk kunjungan penanda aras bagi merealisasikan model masjid pintar. Delegasi juga mengadakan kunjungan rasmi Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia di Indonesia, Pn Juraida Abd Jamil.

Delegasi diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tn Hj Ruslan Said, Imam Besar MTMZA, Tn Hj Norazamir bin Hj Alias, pegawai kanan MTMZA, Us Mohd Radhi Abdul Ghani dan Us Rashidi Salleh. Turut bersama Pen. Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Us Roska Mohamed Rasidek dan Atase Agama JAKIM di Indonesia, Us Naqzrul Ashraff.

Semoga kunjungan ini dapatkan mengeratkan hubungan persaudaraan dua negara seterusnya menghasilkan buah fikiran yang bermanfaat untuk dijadikan panduan untuk diimplimentasikan di MTMZA.

          

Leave a Reply

Close Menu