Program Musahamah MTMZA Siri 1 Tahun 2024

Program Musahamah MTMZA Siri 1 Tahun 2024

8 Februari 2024 (Khamis) – Hari ini telah berlangsung Program Musahamah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya siri pertama bagi tahun 2024 bertempat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil, Selangor.

Program Musahamah MTMZA kali ini mensasarkan seramai 45 orang penerima dalam kalangan asnaf fakir, miskin, ibu tunggal, mualaf dan anak yatim kariah Pekan Dengkil, Selangor . Ini merupakan hasil kerjasama pintar bersama Jawatankuasa Masjid Jameatus Solehah di bawah pimpinan YBhg. Datuk Hj Sarani bin Dollah selaku Nazir.

Simbolik penyampaian sumbangan kepada penerima telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama, barisan Jawatankuasa Masjid Jameatus Solehah serta pegawai dan kakitangan MTMZA selaku urus setia program. Semoga sumbangan berbentuk barangan asas ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penerima.

MTMZA amat berbesar hati di atas sumbangan semua pihak khususnya para penyumbang dalam menjayakan program Musahamah MTMZA.

    

Leave a Reply

Close Menu