Program Rabitah Surau-surau Putrajaya Siri 4/2023

Program Rabitah Surau-surau Putrajaya Siri 4/2023

25 MEI 2023 | Khamis – Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berjaya menganjurkan Program Rabitah Surau-surau Putrajaya Siri 4/2023 di Surau An-Najah, Presint 9, Putrajaya.

Program Rabitah kali ini, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama Surau An-Najah, Presint 9, Putrajaya telah dilaksanakan selepas solat Maghrib iaitu al-Fadhil Da’i Hazman telah menyampaikan tazkirah dengan kehadiran para jemaah surau.

Terima kasih diucapkan kepada AJK Surau An-Najah kerana sudi berkerjasama membantu menjayakan program tersebut dalam membentuk jalinan mahabbah antara Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan surau-surau di Putrajaya.

Terima kasih juga diucapkan kepada urusetia MTMZA bertungkus-lumus membantu Unit Dakwah MTMZA menjayakan program tersebut. Semoga program ini bermanfaat dan mendapat rahmat dari Allah SWT.

    

Leave a Reply

Close Menu