Program Semarak Kasih OKU Mtmza Tahun 2023

Program Semarak Kasih OKU Mtmza Tahun 2023

13 April 2023 (Khamis ) – Hari ini telah berlangsung Program Semarak Kasih Orang Kurang Upaya (OKU) Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya bagi tahun 2023 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, MTMZA.

Program Semarak Kasih OKU merupakan program untuk menyantuni golongan istimewa khususnya golongan Orang Kurang Upaya sempena bulan Ramadan dan ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Program Semarak Kasih OKU bagi Tahun 2023 ini mensasarkan 59 orang penerima terpilih dari sekitar kawasan Putrajaya.

Simbolik penyerahan sumbangan wang tunai kepada penerima telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Imam Besar MTMZA. Turut disampaikan pada program tersebut adalah sumbangan Kotak Musahamah MTMZA berbentuk barangan keperluan harian.

Hadir sama, Ustaz Rashidi bin Salleh Ketua Unit Dakwah dan Komunikasi MTMZA, Ustaz Mohd Zikri bin Zainal, Ketua Unit Sosial MTMZA serta kakitangan Unit Sosial MTMZA selaku urus setia.

Semoga sumbangan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua penerima. MTMZA amat berbesar hati di atas sumbangan semua pihak khususnya para penyumbang dalam menjayakan program Semarak Kasih OKU pada kali ini.

      

Leave a Reply

Close Menu