Rehlah Fityan 2024

Rehlah Fityan 2024

18 Februari 2024 (Ahad) – Rehlah Fityan 2024 bertempat Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Darul Takzim melabuhkan tirai dengan jayanya. Alhamdulillah, 44 peserta berjaya menamatkan kem peningkatan jati diri hari ketiga ini dengan aktiviti rafting, menguji kemahiran membina rakit menggunakan buluh dan tong. Keterujaan jelas terpancar di wajah para peserta yang menikmati pengalaman baharu ini.

Pelbagai ilmu dan pengalaman diraih oleh para peserta sepanjang program berlangsung dengan harapan melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Semoga segala ilmu yang diperoleh dimanfaat sebaiknyasebaiknya.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Hazri Bin Othman, mewakili Imam Besar MTMZA dengan penyampaian sijil kepada semua peserta. Semoga bertemu lagi siri-siri Rehlah Fityan pada masa akan datang.

    

Leave a Reply

Close Menu